Sunday, 17 March 2013

Nurkilan: Ceritaku dulu, kini dan selamanya Episod 1 : Nabila

Episod 1 : Nabila


Aku memandang kosong kearah langit, putih awan memenuhi langit. Tidak terlihat birunya langit seperti selalu. Merenung ke hujung laman. Hijau daun padi membuatkan aku teringat ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Negeri Kedah. Sungguh melaut rasa hati. Melihat si dia masih lagi berbaring dengan kain pelikat, merehatkan diri setelah bersusah payah bekerja di pejabat. Terlihat putih uban di kepala. Serasa baru sahaja dia menerima nikahnya dengan ku tetapi sudah 20 tahun sudah berlalu.

Terjaga melihat matanya berkelip melihatku. Berpisak-pisak menenyihkan matanya. Merah mata seperti saga. Aku tersenyum dan melihat ke muka pintu. "Nabila, kenapa tak mandi lagi." anak berusia 5tahun itu naik ketangga dan memeluk ayahnya. Pertanyaanku masih dibuai sepi tanpa jawapan dari si kecil. Tanggan ku ditarik oleh dua manusia yang aku sayangi. "Jom siap, kita ke air terjun." seru suara lelaki itu lembut menyapa telingga ku. Aku hanya tersenyum dan menggangukkan kepala. tanggan lincah menyediakan pakaian mandi dan jua tuala.

Nabila terus melompat kegirangan. Penghuni rumah yang lain sudah keluar pergi ke pekan hanya tinggal kami sahaja. "Nabila, jangan melompat nanti roboh rumah ni." Nada lembut menghembut tetapi ketegasannya terkesan. Nabila terus terdiam melihat mata ku yang sepet tiba-tiba bertukar bulat. Sungguh dia memang tidak sukar dijaga. Anugerah tuhan yang di tunggu sekian lama. 15 Tahun setelah pelbagai usaha sudah dilakukan. Disaat perkataan putus asa sudah meniti di bibir. Dia datang memberi azimat kegigihan yang baru.

Syukur puas air mata ini tumpah menangisi hidup tiada isi. Sunyi dan kosong terjaga seperti kemarau dilimpahi air hujan. Aku terus memasukkan semua peralatan ke dalam bonet kereta. Memakai tudung mengemaskan diri.Tidak perlu bersolek kerana kedutan inilah yang menunjukkan hari tua sudah sampai. Merah muka ku terkena panahan si mentari.

"Nabila, naik kereta cepat. Jangan main panas. Kalau demam tak jadi pergi air terjun." berlari si kecil membuka pintu belakang dan duduk tertib. Si suami masih membelek pancingnya. Setelah berpuas hati dia terus memandu kereta ke arah air terjun. Pejalanan  sejam lebih itu membuatkan aku mengantuk tetapi suakr melelapkan mata kiranya duduk di sebelah pemandu itu. "Sayang, tidurlah dulu.Nanti dah sampai abang bagitahu." suami tersenyum melihat aku yang tidak berhenti menguap.

"Tak pe lah bang.Bang, nanti singah lah mana-mana. Nak beli alas perut kat sana nanti. Kalau mandi tentu lapar."aku membalas. "Ibu...ada orang warna putih berdarah dekat sebelah kanan jalan tadi." Nabila menjerit. Aku terus meminta suamiku berhenti di kedai berhampiran. Mujur di situ ada kedai 24jam. Aku meminta si suami membeli barangan sambil aku ke belakang kereta mengambil air zam-zam.

Dengan lafaz bismillah aku memberi anakku meminum segelas air dan meminta dia meninggalkan sedikit untuk basuh muka. "Nabila." aku cuba menenangkan anak ku. Bahunya ku pegang. "Dengar apa yang ibu nak cakap ni. Semua tu makhluk ALLAH mungkin syaitan cuba menggangu manusia. Ingat tak apa yang ibu cerita pasal Nabi Adam A.S sayang?" aku cuba ingatkan kembali ingatan si kecil itu. "Ingat ibu. Iblis akan cuba mengoda anak cucu Nabi Adam A.S kan, bu." lincah anak itu menjawab. " Kitalah anak cucu Nabi Adam A.S sayang, dan iblis sedang mengoda kita sapaya takut dengan rupa yang menyeramkan. Ingat ibu pesan Takut kita hanya dengan ALLAH S.W.T sahaja." pucat dimuka si kecik makin kurang. Mungkin mindanya sudah berupaya memproses apa yang si ibu cuba sampaikan. "Jom kita." aku cuba bersuara ceria.

Sesampai ke tepi air terjun yang sejuk segera lah si dua beranak itu bermandi manda. Hanya aku yang menung memikirkan adakah Nabila jua seperti aku.

P/S-Rasa sukar untuk menulis nurkilan secara bersahaja