Thursday, 20 February 2014

Keliru....preg or not?

Alahai...bila tgok perut macam orang mengandung tetapi tak tahu lah...masuk ni dah 2 bulan skip ms P.apa lah yang bermasalah.

Dah dua kali buat test upt tp negetive.ingat nak tunggu lagi satu cycle kalau tak
..nak minta doctor tolong scan pulak apa masalahnya.

Harap adalah cerita baik....nanti saya  cite pengalaman menhandung dan keguguran yang sebelum ni.

Monday, 17 February 2014

Kebas Kepala Tersenguk-senguk

Haiya...rasanya dah tiga bulan pindah rumah baru tapi dah sebulan lebih ni susahnya nak tidur.pantang ada bunyi hatta bunyi orang sebelah bukak pintu pun boleh terjaga. macam manalah si kontrakter rumah ni buat rumah ye...nipis sangan batu ke pakai kayu je.pelik bin ajaib tol.bayangkan lah kalau orang sebelah ni bukak pintu bilik ke atau naik turun tangga boleh dengar tau...rasa mcm bunyi datang dari dalam rumah kita plak.

Masalah tak boleh tidur ni berpunca dari FB lah...baca lah forum sekitar rumah. Forum ni mmg aktif gila.Tup-tup dengar pasal pecah rumah sana sini area rumah kita...sape tak risau kan.start dari situ lah mula lah tak boleh tidur.yang paling best tak boleh tidur bila esoknya isnin nak keje...aduiii...lagi pening ari isnin (hari ini ler...) kena plak buat gaji...keje plak banyak nak mampus...n i dah jadi sleepy head...sambil buat keje mata nak terpejam...sudahnya tulisan semua jadi double.

Ada sekali tu sampai 4 hari tak boleh tidur malam...tidur pukul 4 bangun kol 6...sape nak jawab tu??pas tu en suami gunalah kuasa veto suruh tidur kat rimah dan jangan g keje.aduiii terpaksalah mula-mula macam susah nak tidur dalam kol 12 lebih baru boleh tidur..bukan apa terang sangat nak tidur mcm mana...kan?

haiya...masalah bila tak cukup tidur ni kepala jadi kebas...otak plak bila guna banyak sikit je rasa mengantuk
alamatnya malam ni mencari bantal awal lah...ada sesiapa yang ada masalah macam ni tak yea?