Thursday, 20 February 2014

Keliru....preg or not?

Alahai...bila tgok perut macam orang mengandung tetapi tak tahu lah...masuk ni dah 2 bulan skip ms P.apa lah yang bermasalah.

Dah dua kali buat test upt tp negetive.ingat nak tunggu lagi satu cycle kalau tak
..nak minta doctor tolong scan pulak apa masalahnya.

Harap adalah cerita baik....nanti saya  cite pengalaman menhandung dan keguguran yang sebelum ni.

Monday, 17 February 2014

Kebas Kepala Tersenguk-senguk

Haiya...rasanya dah tiga bulan pindah rumah baru tapi dah sebulan lebih ni susahnya nak tidur.pantang ada bunyi hatta bunyi orang sebelah bukak pintu pun boleh terjaga. macam manalah si kontrakter rumah ni buat rumah ye...nipis sangan batu ke pakai kayu je.pelik bin ajaib tol.bayangkan lah kalau orang sebelah ni bukak pintu bilik ke atau naik turun tangga boleh dengar tau...rasa mcm bunyi datang dari dalam rumah kita plak.

Masalah tak boleh tidur ni berpunca dari FB lah...baca lah forum sekitar rumah. Forum ni mmg aktif gila.Tup-tup dengar pasal pecah rumah sana sini area rumah kita...sape tak risau kan.start dari situ lah mula lah tak boleh tidur.yang paling best tak boleh tidur bila esoknya isnin nak keje...aduiii...lagi pening ari isnin (hari ini ler...) kena plak buat gaji...keje plak banyak nak mampus...n i dah jadi sleepy head...sambil buat keje mata nak terpejam...sudahnya tulisan semua jadi double.

Ada sekali tu sampai 4 hari tak boleh tidur malam...tidur pukul 4 bangun kol 6...sape nak jawab tu??pas tu en suami gunalah kuasa veto suruh tidur kat rimah dan jangan g keje.aduiii terpaksalah mula-mula macam susah nak tidur dalam kol 12 lebih baru boleh tidur..bukan apa terang sangat nak tidur mcm mana...kan?

haiya...masalah bila tak cukup tidur ni kepala jadi kebas...otak plak bila guna banyak sikit je rasa mengantuk
alamatnya malam ni mencari bantal awal lah...ada sesiapa yang ada masalah macam ni tak yea?

Sunday, 17 March 2013

Nurkilan: Ceritaku dulu, kini dan selamanya Episod 1 : Nabila

Episod 1 : Nabila


Aku memandang kosong kearah langit, putih awan memenuhi langit. Tidak terlihat birunya langit seperti selalu. Merenung ke hujung laman. Hijau daun padi membuatkan aku teringat ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Negeri Kedah. Sungguh melaut rasa hati. Melihat si dia masih lagi berbaring dengan kain pelikat, merehatkan diri setelah bersusah payah bekerja di pejabat. Terlihat putih uban di kepala. Serasa baru sahaja dia menerima nikahnya dengan ku tetapi sudah 20 tahun sudah berlalu.

Terjaga melihat matanya berkelip melihatku. Berpisak-pisak menenyihkan matanya. Merah mata seperti saga. Aku tersenyum dan melihat ke muka pintu. "Nabila, kenapa tak mandi lagi." anak berusia 5tahun itu naik ketangga dan memeluk ayahnya. Pertanyaanku masih dibuai sepi tanpa jawapan dari si kecil. Tanggan ku ditarik oleh dua manusia yang aku sayangi. "Jom siap, kita ke air terjun." seru suara lelaki itu lembut menyapa telingga ku. Aku hanya tersenyum dan menggangukkan kepala. tanggan lincah menyediakan pakaian mandi dan jua tuala.

Nabila terus melompat kegirangan. Penghuni rumah yang lain sudah keluar pergi ke pekan hanya tinggal kami sahaja. "Nabila, jangan melompat nanti roboh rumah ni." Nada lembut menghembut tetapi ketegasannya terkesan. Nabila terus terdiam melihat mata ku yang sepet tiba-tiba bertukar bulat. Sungguh dia memang tidak sukar dijaga. Anugerah tuhan yang di tunggu sekian lama. 15 Tahun setelah pelbagai usaha sudah dilakukan. Disaat perkataan putus asa sudah meniti di bibir. Dia datang memberi azimat kegigihan yang baru.

Syukur puas air mata ini tumpah menangisi hidup tiada isi. Sunyi dan kosong terjaga seperti kemarau dilimpahi air hujan. Aku terus memasukkan semua peralatan ke dalam bonet kereta. Memakai tudung mengemaskan diri.Tidak perlu bersolek kerana kedutan inilah yang menunjukkan hari tua sudah sampai. Merah muka ku terkena panahan si mentari.

"Nabila, naik kereta cepat. Jangan main panas. Kalau demam tak jadi pergi air terjun." berlari si kecil membuka pintu belakang dan duduk tertib. Si suami masih membelek pancingnya. Setelah berpuas hati dia terus memandu kereta ke arah air terjun. Pejalanan  sejam lebih itu membuatkan aku mengantuk tetapi suakr melelapkan mata kiranya duduk di sebelah pemandu itu. "Sayang, tidurlah dulu.Nanti dah sampai abang bagitahu." suami tersenyum melihat aku yang tidak berhenti menguap.

"Tak pe lah bang.Bang, nanti singah lah mana-mana. Nak beli alas perut kat sana nanti. Kalau mandi tentu lapar."aku membalas. "Ibu...ada orang warna putih berdarah dekat sebelah kanan jalan tadi." Nabila menjerit. Aku terus meminta suamiku berhenti di kedai berhampiran. Mujur di situ ada kedai 24jam. Aku meminta si suami membeli barangan sambil aku ke belakang kereta mengambil air zam-zam.

Dengan lafaz bismillah aku memberi anakku meminum segelas air dan meminta dia meninggalkan sedikit untuk basuh muka. "Nabila." aku cuba menenangkan anak ku. Bahunya ku pegang. "Dengar apa yang ibu nak cakap ni. Semua tu makhluk ALLAH mungkin syaitan cuba menggangu manusia. Ingat tak apa yang ibu cerita pasal Nabi Adam A.S sayang?" aku cuba ingatkan kembali ingatan si kecil itu. "Ingat ibu. Iblis akan cuba mengoda anak cucu Nabi Adam A.S kan, bu." lincah anak itu menjawab. " Kitalah anak cucu Nabi Adam A.S sayang, dan iblis sedang mengoda kita sapaya takut dengan rupa yang menyeramkan. Ingat ibu pesan Takut kita hanya dengan ALLAH S.W.T sahaja." pucat dimuka si kecik makin kurang. Mungkin mindanya sudah berupaya memproses apa yang si ibu cuba sampaikan. "Jom kita." aku cuba bersuara ceria.

Sesampai ke tepi air terjun yang sejuk segera lah si dua beranak itu bermandi manda. Hanya aku yang menung memikirkan adakah Nabila jua seperti aku.

P/S-Rasa sukar untuk menulis nurkilan secara bersahaja

Wednesday, 27 February 2013

Lagu Doremon dan Terjemahannya...

Jum Menyanyi lagu doremon














Konna koo ii na

Bagusnya pekerjaan ini

Dekitara ii na

Syoknya dapat melakukannya

Anna yume konna yume

Impian itu,impian ini(Walau punyai banyak keinginan)

Ippai aru kedo

Semua impian saya ada,tapi(nak buat yang itu,nak buat ini)

Minna minna minna

Kesemuanya, kesemuanya, kesemuanya(Apa sahaja keinginan)

Kanaete kureru

Keinginan dapat dipenuhi(boleh sahaja tertunai)

Fushigina pokettode

Dengan poket misteri

Kanaete kureru

Keinginan dapat dipenuhi

Sora wo jiyuu ni tobitai na

Ingin sekali terbang bebas diangkasa

“hait!!! Takekoputaa!!

“Baiklah!!! Helikopter buluh!!”

An An An

An An An

Tottemo daisuki

Saya amat menyayangimu(saya amat menyukai)

Doraemon

Doraemon

Shukudai touban shaken ni otsukai

Kerja sekolah,giliran bertugas, peperiksaan

Anna koto konna koto taihen dakedo

Semua benda itu, semua benda ini adalah amat teruk

Minna minna minna

Kesemuanya, kesemuanya, kesemuanya

Tasukete kureru

Boleh sahaja dibantu

Benrina dougu de tasukete kureru

Dibantu dengan alat serba guna

Omocha no heitai da

Ini dia askar mainan

Sore!totosugeki!

Maju!Serang!

An An An

An An An

Tottemo daisuki

Saya amat menyayangimu

Doraemon

Doraemon

Anna koto ii na

Bagusnya tempat ini

Iketara ii na

Alangkah seronoknya dapat ke sana


Kono kuni ano shima takusan aru kedo

Ke Negara ini, kepulauan itu dan banyak tempat lagi tapi

Minna minna minna

Kesemuanya, kesemuanya, kesemuanya

Ikasete kureru

Boleh sahaja pergi

Mirai ni kikai de kanaete kureru

Dengan mesin perentas masa hajat dapat di penuhi

Sekai ryokou ni ikitai na

Saya mahu pergi ke seluruh dunia

U fu…fu…fu doko demo DO-A

U fu..fu…fu..Pintu kemana sahaja

An An An

An An An

Tottemo daisuki

Saya amat menyayangimu

Doraemon

Doraemon

An An An

An An An

Tottemo daisuki

Saya amat menyayangimu

Doraemon

Doraemon

Sunday, 24 February 2013

Obesiti masalah dunia...

Obesiti atau berat badan berlebihan bukan lagi masalah individu. Sebaliknya telah menjadi wabak di peringkat global apabila diramalkan lebih daripada separuh penduduk dewasa di dunia mengalaminya dalam tempoh dua dekad akan datang.

Pendedahan terbaru oleh kumpulan pakar dalam bidang kesihatan, nutrisi dan kecergasan mendorong isu itu turut di bincangkan ketika Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland baru-baru ini.

Kumpulan pakar tersebut mengesa agar langkah-langkah segera diambil, bukan hanya sekadar menyalahkan individu-individu terbabit yang tidak bersungguh-sungguh untuk menangani masalah ini.

Mereka berkata, krisis obesiti yang semakin meningkat dan membawa maut perlu ditangani dengan kesungguhan di peringkat pembuat dasar sebagaimana mereka memerangi gejala merokok selama ini.

Dengan keadaan makanan yang semakin hari semakin tidak sihat serta gaya hidup bersenang-senang (sedentary) yang semakin meningkat, jawapan segera perlu dicari bagi krisis yang telah membawa kepada peningkatan kes diabetes dan serangan jantung.

Krisis obesiti sendiri telah membunuh 2.8 juta orang dewasa setiap tahun.

Dekan School of Public Health di Universiti Columbia Amerika Syarikat, Linda Fried, berkata, perangkaan terbaru menunjukkan 1.4 bilion individu dewasa di seluruh dunia mengalami berat badan berlebihan.

"Jumlah itu dijangka meningkat dari setahun ke setahun dan dalam tempoh 20 tahun lagi jika terus meningkat seperti corak sekarang, kemungkinan besar 50-60 peratus penduduk dewasa dunia adalah individu yang berat badannya berlebihan.

"Jika ini (obesiti) adalah penyakit berjangkit kita sudah boleh isytiharkan ia sebagai wabak. Ini bukan lagi masalah serantau, sebaliknya global kerana meningkat dengan begitu cepat dan berterusan. Semua itu adalah definisi asas bagi istilah wabak," katanya.

Para pakar sepakat menyatakan bahawa langkah pertama bagi menyelesaikan krisis ini adalah dengan mengubah tanggapan orang ramai terhadap obesiti iaitu dengan menyalahkan mereka yang obes, bukannya keadaan persekitaran mereka.

"Dalam tempoh 30 tahun, peratus penduduk dunia yang berlebihan berat badan atau obes telah meningkat dua kali ganda.

"Setakat ini tidak ada bukti secara global bahawa ia berpunca daripada kurang keazaman atau kesungguhan individu terbabit.

"Sebaliknya kesalahan patut diletakkan pada makanan berkalori tinggi yang mudah diperolehi dan secara relatifnya murah.

"Selain itu proses urbanisasi yang meningkat di seluruh dunia juga telah membawa kepada gaya hidup kurang aktif," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Nike bagi Akses untuk Sukan, Lisa MacCallum Carter, berkata, obesiti dikaitkan dengan krisis hidup tanpa aktiviti, hasil daripada proses urbanisasi.

Beliau berkata, jumlah waktu untuk senaman harian terutama pergerakan yang tidak secara langsung (seperti berjalan kaki) telah berkurang dengan begitu ketara.

Sebagai contoh katanya, masyarakat hari ini lebih mudah menghantar emel daripada berjalan ke pejabat di seberang jalan untuk berbual dengan rakan sekerja mereka.

Pada masa sama, makanan yang diambil juga semakin kurang sihat dengan produk yang kandungan lemak dan garamnya tinggi, serta makanan tiruan, semakin mudah dihasilkan dan dipasarkan.

"Cara pasaran yang kita lihat sekarang turut membantu meningkatkan trend ini dengan lebih cepat," kata Marc Van Ameringen, Pengarah Eksekutif Global Alliance for Improved Nutrition (GAIN).

Katanya, sesetengah negara, seperti AS, turut menggalakkan senario ini dengan memberi subsidi kepada industri pengeluaran makanan seperti pengeluaran sirap jagung.

Siap jagung digunakan secara meluas dalam penyediaan makanan sebagai pemanis dan pemekat makanan.

"Lihat saja wang yang mengalir dalam industri pengeluaran produk jagung dan sirap jagung berbanding subsidi yang diberi bagi pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya.

Begitu pun Fried berkata, sesetengah pembuat dasar telah mengambil langkah yang menggalakkan dalam memerangi obesiti seperti yang dilakukan oleh Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg terhadap penduduk bandar raya itu.

Perjuangan Bloomberg menentang makanan rapu telah menyaksikan pihak berkuasa bandar itu mengharamkan penjualan minuman ringan karbonat bersaiz besar dan mengehendaki restoran-restoran makanan segera meletakkan maklumat kandungan kalori dalam menu mereka.

Para pakar berkata, langkah seperti menguatkuasakan undang-undang melabelkan kalori, mengehadkan saiz sesuatu makanan dan meningkatkan cukai ke atas makanan yang dikategorikan tidak sihat sedikit sebanyak

"Ini adalah satu isu kesihatan yang mencemaskan dan bersifat global yang memerlukan pandangan dari sudut dimensi yang besar. Ia boleh diselesaikan jika semua orang bekerjasama," kata Fried. - afp

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2013/02/obesiti-berat-badan-berlebihan-masalah.html#ixzz2LshBZKVy

Ego atau kurang memahami?

Setiap orang sering menyatakan pasanganya ego atau tidak mahu mengalah.
sedangkan tahu kah anda ramai juga pasangan yan bercerai atas alasan sudah tiada sefahaman.

Bagaiman berlakunya kurang sefahaman itu?

1) Kerana kurang berkomunikasi

Bila sudah berkahwin pasangan makin kurang berkomunikasi terutamanya mereka yang mepunyai anak. Alasan untuk tidak berkomunikasi yang selalu kita dengan adalah penat. Penat bekerja,penat mengemas dan menguruskan rumah.Bagaimana pula dengan hari minggu? Masing-masing dengan kerja sendiri.

Tiada salahnya meluangkan sedikit masa dengan pasangan.Bergurau dengan anak-anak. Salah satu cara dengan bercuti atau hanya pergi picnic, paling mudah keluarlah bersama-sama untuk makan atau basuh kereta bersama-sama.

Bila ada maslah tidak kira kerja atau peribadi, duduk dan berbincang.Luahkan dan berkongsi.Paling mudah jika anda rasa malu atau takut pasangan anda marah...webcam@whatapp@BBM dan sbagainya.sekarangkan dah cangihkan.jangan jadikan alasan.

2) Kerana tiada topik

Banyak pasanag bila sudah lama mengenali kurang topik yang ingin di ceritakan bersama pasangan anda. Banyakkan membaca, terutamanya buat suami...macalah buku agama dan apa jua yang boleh menarik pasangan anda.Mana tahu lawak yang anda baca di internet boleh dikongsi bersama pasangan.

Carilah peluang untuk mengusik pasangan anda. Carilah cara untuk memuaskan hati kedua-duanya. Contoh buat wanita, anda boleh memasak dan meminta pandangan suami anda.Jangan tidak tahu yang lelaki amat peka dengan rasa masakkan dan ada lelaki yang lagi "expert" dari wanita.

Tapi "awas" jangan tersalah waktu pulak...carilah waktu yang sesuai.

3) Kerana kurang berkongsi

Hei..kongsi tadi dah sebutkan.Ni kongsi lain pulak.Kongsi bilik air,bilik tidur...haha..bukan itu maksud saya. Apa salahnya jika anda berkongsi mandi bersama. Jangan tidak tahu bagaimana sudah lama berkahwin itulah kita perlu mandi bersama untuk eratkan hubungan pasangan.

Jangan pulak kongsi membuang bersama pulak...ada pasanagn yang geli atau tidak selesa

4) Kerana banyak alasan

Alasan itu dan ini...please stop beri alasan. Hormati pasanagn anda tidak kira isteri atau suami. Kerana itu mengurangkan komunikasi anda dan menjejaskan perasaan pasangan anda.

5) Kerana tidak memahami

Wahai wanita...fahamilah...lelaki jiwanya tidak sama. Apa salahnya anda belajar apa kesukaan suami anda. Kalau mereka suka membaca. Hadiahkan buku. Jika suka memancing, hadiahkan joran.Teman sahaja kemana mereka pergi kerana jika anda biarkan mereka kesoranagn mereka akan cuba mencari mereka yang memahami dan akan cuba memahami orang lain dan orang lain juga pasti akan tertarik.

Jaga pasanagan anda sebelum terlambat.

6) Kerana tidak cantik

Gemuk bukan alasan...berseksilah and didalam rumah..tidak salah kalau untuk suami. Cantik dan wangilah untuk mereka..suami juga perlu macam tu.sesekali keluar berpimpingan tangan..berwangian dan bercantik serta hensem untuk pasanagn anda.

Banggalah dengan pasangan anda kerena mereka tetap setia dan menyayangi anda.

Harap anda semua akan bahagia...bahagia itu milik kita..kita perlu cipta bahagia


Masalah tidak akan selesai jika anda tidak mencari penca permasalahan itu. Renungkan dan cari...jangan terus menunding jari.

wassalam

Monday, 18 February 2013

Mencari ramuan ubat...tolong

saya mencari sesuatu yang penting (mungkin bagi saya)

ok lah kat sini ada ramuan...tapi bahan-bahannya mana nak cari ye..?

Cara Mempercepat masa menstruasi
Cara Mempercepat Haid / cara mempercepat haid secara tradisional dengan menggunakan Kencur
Komposisi:

  • 2 rimpang kencur sebesar ibu jari
  • 1 lembar daun trengguli
  • 1 biji buah cengkeh tua
  • adas pulawaras secukupnya
Cara menyajikan :
  • Kencur dicincang
  • Kemudian dicampur dengan bahan lain
  • direbus bersama dengan 3 gelas air sampai mendidih hingga tinggal 2 gelas
  • kemudian disaring
  • diminum sekali sehari 2 cangkir
ada tak sesiapa tolong guide or bagi tahu mana nak dapat barang diatas ni tak..disebabkan ianya tradisional dari indonesia jadi apa salahnya cuba...
tapi pening dengan nama bahan and ubat dan tak tahu mana nak dapatkannya...

kalau tak terpaksalah guna lagi dua option di bawah ni...walaupun pernah cuba guna kedua-duanya (tak berkesan) kerana tiada jalan lain

Cara Mempercepat Haid / cara cepat menstruasi dengan sublemen yang mengandung kalsium, karena kalsium baik untuk pertumbuhan hormon.
Cara Mempercepat Haid / cara cepat menstruasi dengan Konsultasi ke dokter
Mudah mudahan tips ini dapat membantu sobat memperlancar haid, gunakan cara ketiga bila sobat mengalami kesakitan sewaktu haid karena mungkin disebabkan oleh penyakit atau faktor lainnya.